Pengguna Android Boleh Hantar & Terima Mesej Melalui Komputer Dengan MightyText

MightyText merupakan sebuah aplikasi yang ringan & mudah untuk menghantar & menerima mesej, khas untuk pengguna telefon pintar Android. Pengguna telefon pintar Android kini tidak perlu risau jika mereka tertinggal peranti tersebut di dalam kereta atau pun malas untuk mengambilnya kerana aplikasi inilah penyelamat bagi yang ingin menghantar mesej hanya melalui komputer atau tablet anda. Hanya dengan 'sync' peranti Android anda dengan aplikasi ini sama ada pada komputer atau tablet,bila-bila masa sahaja anda boleh menggunakan aplikasi MightyText dengan mudah.


Langkah 1 : Pasang aplikasi Android MightyText dari Google Play pada peranti Android anda secara PERCUMA.

Langkah 2 : Lakukan penetapan pada komputer anda dari 'browser' pilihan sama ada Google Chrome, Mozilla Firefox dan lain-lain dengan muat turun di sini.

Langkah 3 : Anda sudah pun boleh menghantar & menerima mesej jika telah berjaya dalam proses penetapan aplikasi tersebut.

Langkah 4 : Anda boleh ikuti perkembangan rasmi tentang info terkini berkenaan aplikasi MightyText dengan mengikuti saluran rasmi Twitter & Facebook.


Mudah bukan prosesnya? aplikasi seumpama Facebook Messenger ini lebih praktikal berbanding yang lain kerana ia berhubung terus menggunakan nombor telefon pada peranti Android anda. Boleh dikatakan penggunaan aplikasi MightyText agak mirip dengan iMessage tetapi versi Android. =)




No comments:

Post a Comment