5 Ciri Menarik Google Nexus 4


Kali ini Google telah bekerjasama dengan LG untuk menghasilkan peranti baru yang dikenali sebagai Nexus 4. Mempunyai rekabentuk fizikal yang tidak jauh beza dengan peranti Nexus sebelum ini bersama Samsung. Peranti baru ini banyak ditambah baik dengan ciri-ciri yang lebih menarik iaitu penambahbaikan prosesor,RAM,saiz skrin & resolusi,kamera(8MP),Bluetooth 4.0,NFC dan lain-lain. Telefon pintar Nexus 4 menggunakan simkad mikro seiring teknologi seperti kebanyakan peranti yang lain gunakan masa kini. Nexus 4 mempunyai berat sebanyak 139 gram,lebih berat sedikit berbanding iPhone 5 (112 gram). Ketahui 5 ciri menarik bagi Google Nexus 4 di dalam.




5 ciri yang dikatakan menarik bagi telefon pintar Google Nexus 4:
  1. Paparan skrin dengan resolusi tinggi 1280x768 (320ppi) yang 'superb' bersaiz 4.7 inci (WXGA IPS display) diperbuat daripada 'Corning Gorilla Glass 2'.
  2. Menggunakan sistem operasi terkini iaitu Android 4.2 (Jelly Bean) dengan menawarkan pelbagai fungsi extra.
  3. Dikuasakan dengan prosesor 4 teras '1.5 GHz Qualcomm Snapdragon S4 Pro APQ8064' berserta RAM sebesar 2GB untuk keupayaan 'multitasking' yang lancar.
  4. Nexus 4 berkeupayaan melakukan 'wireless charging' iaitu sebuah teknologi terkini yang sangat memudahkan pengguna apabila kehabisan bateri.
  5. Bonus kepada pengguna ialah dengan kewujudan 'SlimPort HDMI' yang mana menyokong tontonan pada HD TV (1080p).

Setakat ini ia masih lagi tidak dilancarkan secara rasmi di malaysia. Walaupun begitu, telefon pintar Nexus 4 boleh didapati di 'Google's Play Store' untuk kawasan tertentu seperti negara US, UK, Canada, Germany, France, Spain dan Australia. Harga yang disarankan pasaran pula ialah dari $299 untuk model 8GB dan $349 untuk model 16GB. Bagi peminat telefon pintar Android ini pastinya tidak sabar-sabar untuk mendapatkannya kerana ia merupakan salah sebuah peranti 'Pure Android'. =)





Kredit : T3.com / techhive.com








2 comments:

Naim Nordin said...

Salam admin.ada entry baru..nice.my next target phone huhu, cuma binaan camera belakang x soft cantik mcm iphone 5 (sleek terus)..agak kurang cantik tombol skit keluar...

Faiz said...

@Naim Nordin, Salam sahabat lama. haha. Terima kasih kerana masih lagi sudi berkunjung ke blog tak popular ni. hehe. Agak 'spoil' dengan binaan 'flash' kamera yang sedikit membonjol keluar namun tidak berapa ketara kelihatan pada sudut pandangan sisinya. lepas ni kalau dah ada boleh la 'hands on' pada phone masing-masing antara Nexus 4 VS iPhone 5. =)

Post a Comment