iTunes 11 Serba Ringkas

Akhirnya versi baru iTunes iaitu iTunes 11 telah pun dilepaskan untuk di muat turun kepada semua pengguna seluruh dunia. Versi baru ini didatangkan dengan penampilan reka bentuk yang sememangnya ringkas dan menarik. Seperti sedia maklum,ia merupakan sebuah 'player' unik dari Apple dengan memfokuskan arena muzik, filem, rancangan TV, Aplikasi, buku dan lain-lain lagi. Gambar di atas sebagai contoh adalah paparan 'iTunes Store' yang baru. Kelihatan sangat menarik. Ketahui ciri-ciri lain berserta gambar di dalam.

5 Ciri Menarik Google Nexus 4


Kali ini Google telah bekerjasama dengan LG untuk menghasilkan peranti baru yang dikenali sebagai Nexus 4. Mempunyai rekabentuk fizikal yang tidak jauh beza dengan peranti Nexus sebelum ini bersama Samsung. Peranti baru ini banyak ditambah baik dengan ciri-ciri yang lebih menarik iaitu penambahbaikan prosesor,RAM,saiz skrin & resolusi,kamera(8MP),Bluetooth 4.0,NFC dan lain-lain. Telefon pintar Nexus 4 menggunakan simkad mikro seiring teknologi seperti kebanyakan peranti yang lain gunakan masa kini. Nexus 4 mempunyai berat sebanyak 139 gram,lebih berat sedikit berbanding iPhone 5 (112 gram). Ketahui 5 ciri menarik bagi Google Nexus 4 di dalam.

Tutorial Ringkas Melakukan Pembelian di 'iTunes Store'

Baru-baru ini, pihak Apple telah pun mengumumkan di mana 'iTunes Store' kini boleh diakses secara rasmi yang diperluaskan di beberapa buah negara termasuk Malaysia. Ini merupakan perkara yang ditunggu-tunggu bagi peminat dari Malaysia yang ingin mendapatkan lagu, 'movie' dan lain-lain secara berbayar. Dengan itu,penulis ingin membantu sesiapa yang ingin mendapatkan dan membeli kandungan berbayar dari Apple ini dengan mudah melalui penulisan tutorial ringkas mengenai langkah-langkah melakukan pembelian di 'iTunes Store'. Ikuti 11 langkah mudah di dalam.

Pengguna Android Boleh Hantar & Terima Mesej Melalui Komputer Dengan MightyText

MightyText merupakan sebuah aplikasi yang ringan & mudah untuk menghantar & menerima mesej, khas untuk pengguna telefon pintar Android. Pengguna telefon pintar Android kini tidak perlu risau jika mereka tertinggal peranti tersebut di dalam kereta atau pun malas untuk mengambilnya kerana aplikasi inilah penyelamat bagi yang ingin menghantar mesej hanya melalui komputer atau tablet anda. Hanya dengan 'sync' peranti Android anda dengan aplikasi ini sama ada pada komputer atau tablet,bila-bila masa sahaja anda boleh menggunakan aplikasi MightyText dengan mudah.


Need For Speed Most Wanted Baru dari EA

EA kembali menggegar dengan kemunculan siri permainan video simulasi perlumbaan terhebat iaitu Need For Speed : Most Wanted versi baru. Siri baru ini memperkenalkan beberapa buah kereta hebat termasuk Lamborghini Aventador, BMW M3 Coupe, Porsche 911 Carrera S, Ford Mustang Boss 302, Subaru Cosworth Impreza STI CS400 dan SRT Viper GTS. Aksi kejar mengejar antara polis dan pemain menjadikan siri ini unik dan sentiasa segar dari segi 'gameplay'. Lihat gambar selebihnya di dalam.