iTunes 11 Serba Ringkas

Akhirnya versi baru iTunes iaitu iTunes 11 telah pun dilepaskan untuk di muat turun kepada semua pengguna seluruh dunia. Versi baru ini didatangkan dengan penampilan reka bentuk yang sememangnya ringkas dan menarik. Seperti sedia maklum,ia merupakan sebuah 'player' unik dari Apple dengan memfokuskan arena muzik, filem, rancangan TV, Aplikasi, buku dan lain-lain lagi. Gambar di atas sebagai contoh adalah paparan 'iTunes Store' yang baru. Kelihatan sangat menarik. Ketahui ciri-ciri lain berserta gambar di dalam.



iTunes Store kini lebih kemas dengan memudahkan pengguna mendapatkan lagu daripada artis kegemaran mereka berserta dengan senarai album-album sebelumnya sehingga terbaru bagi artis tersebut. Apple masih lagi mengekalkan 'preview' bagi lagu yang masih belum dibeli oleh pengguna sebagai kemudahan untuk memilih mengikut selera masing-masing. Jika suka boleh beli terus melalui akaun berdaftar.

Album-album sesebuah artis boleh dilihat dengan jelas melalui gambar album 'artwork' yang ditunjukkan dengan paparan senarai terkini. Nampaknya 'Library' anda sangat jelas dan teratur memudahkan anda memilih sama ada lagu yang mana menjadi pilihan untuk dimainkan.

Apabila anda tekan pada 'artwork' yang dipilih, kelihatan ruang terbuka disi dengan senarai lagu yang terkandung dalam album seseorang artis itu. Mekanisma yang sangat unik.

Fungsi baru yang lebih unik adalah reka bentuk 'mini player' yang begitu ringkas dan kecil. Kepelbagaian fungsi boleh dilihat di situ. Tambah menarik,'mini player' ini membolehkan pengguna menyusun sesebuah lagu megikut turutan kehendak masing-masing.

Penulis telah pun mencuba versi baru iTunes 11 ini,memang teruja dengan perubahan minimalistik yang cuba diketengahkan. Walaupun ianya sebuah aplikasi yang agak berat (60MB) jika tidak silap penulis,namun berbaloi sebagai sebuah 'player' pilihan untuk mendengar lagu malah fungsinya lebih menakjubkan untuk mendapatkan filem, buku, aplikasi dan lain-lain secara atas talian. Bagi yang belum mencuba. Boleh muat turun di sini.

No comments:

Post a Comment