Nokia Melancarkan Lumia 800


Nokia telah pun melancarkan telefon pintar pertamanya untuk platform Windows Phone 7 pada acara 'Nokia World 2011' di London baru-baru ini iaitu Nokia Lumia 800.
Berdasarkan kepada rupanya, ia tidak mempunyai perbezaan yang jauh berbanding Nokia N9. Kita lihat ciri-ciri yang terdapat pada Nokia Lumia 800 ini serba sedikit:
  • Menggunakan sistem operasi terkini iaitu Windows Phone 7.5 Mango
  • Paparan skrin dengan resolusi 800x480 AMOLED 3.7 inci
  • Dikuasakan 512MB RAM
  • Storan dalaman sebanyak 16GB
  • Dilengkapi dengan kamera 8MP dengan 'HD Video'
  • Beratnya hanya 142 gram
  • Penggunaan mikro sim
  • Pilihan warna yang diberi Cyan, Hitam, Magenta





Berikut adalah video pengenalan kepada Nokia Lumia 800:



Berikut adalah video nyah-kotak Nokia Lumia 800:



Berikut adalah video preview ringkas Nokia Lumia 800:

2 comments:

OrangAkaun K said...

lawa beb
kalah desire S aku
features pon boleh tahan power
tapi malangnya windows phone
terus fail
kehkeh

Finalcross said...

tu la,terbayang-bayang kalo Nokia Lumia 800 ni guna Android Ice Cream Sandwich. Fuhhhh! Baru meletup,tapi ni windows phone 7 plak...aisey

Post a Comment