'OMG! Ubuntu!' Memudahkan Pengguna Ubuntu


Sistem operasi Ubuntu terbaru dengan kod nama Oneiric Ocelot telah menemui peminat bermula 13 Oktober lalu.

Versi 11.10 ini dikatakan membawa pelbagai peningkatan dari segi paparan antara muka yang lebih menarik, prestasinya yang bertambah baik serta penambahan beberapa fungsi yang berguna. Justeru pelepasan versi baru ini semakin diterima oleh ramai pengguna di luar sana.

Sebuah blog terkenal yang berpengkalan di United Kingdom memfokuskan semua mengenai Ubuntu sebagai target topik untuk setiap isi kandungannya. Peminat dan pengguna boleh mengetahui perkembangan Ubuntu & mengenali lebih dalam isu Ubuntu mengikut acuan para editornya.

Bagi bukan pengguna Ubuntu yang ingin berkenalan dengan sistem operasi sumber terbuka ini lebih lanjut,bolehlah melawati blog interaktif ini sebagai panduan awal di sini.

Berikut adalah video pengenalan untuk Ubuntu 11.10:


FREE stuff :

No comments:

Post a Comment