Review ringkas Acer Aspire S3 Ultrabook


Sebuah blog terkenal telah membuat 'review' pada komputer riba nipis ini berdasarkan pengalaman staf yang menggunakannya. Review ringkas tersebut lebih membandingkan ia dengan Macbook Air & menunjukkan kelemahan yang ada.
Berikut adalah pendapat dari hasil pengalaman staf di blog tersebut:
  1. 'Ultrabook' ini menawarkan harga yang berpatutan jika dibandingkan dengan Macbook Air
  2. Reka bentuk yang sangat nipis & ringan
  3. Material luaran bukanlah 100% aluminium kerana terdapat juga elemen plastik
  4. Papan kekunci yang kurang mesra pengguna
  5. Baterinya pula hanya mampu bertahan sehingga 3-4 jam sahaja
  6. Disebabkan 'Ultrabook' ini menggunakan sistem operasi Windows 7, sesebuah aplikasi dilihat agak lambat untuk dilancarkan berbanding 'Mac OS'.

P/S: Papan kekunci yang dibina mungkin lebih mesra untuk pengguna di Asia. :)

No comments:

Post a Comment