Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus Diumumkan

Samsung Electronics mengumumkan tablet barunya yang bersaiz 7 inci yang mempunyai reka bentuk nipis & ringan. Sesuai kepada golongan yang inginkan ciri telefon + tablet dalam satu gajet yang hanya bersaiz mini. Ia menggunakan sistem operasi Android 3.2 ( Honeycomb). Dikuasakan oleh prosesor dwi teras 1.2GHz yang menjadikan prestasi penggunaan di tahap terbaik. Kelebihannya adalah ketiadaan butang fizikal pada tablet ini kerana teknologi Android Honeycomb itu sendiri memainkan peranannya menjadikan ia tablet yang sangat menarik.

No comments:

Post a Comment