Squarespace, Platform Blog Premium Baharu

Squarespace adalah sebuah platform blog premium terkini yang diasaskan oleh Anthony Casalena yang berpengkalan di New York.
Disebabkan ia mengenakan bayaran tertentu, platform blog premium ini menawarkan fungsi dan kelebihan yang menarik antaranya dihoskan sepenuhnya oleh Squarespace.Inc, mesra mudah alih (iPad), integrasi mudah pada rangkaian sosial, pelbagai pilihan 'template', pengurusan yang mudah untuk akses sistem, sistem anti-spam yang berkesan, 100% boleh disesuaikan mengikut citarasa pengguna dan lain-lain lagi. Servis ini ditujukan lebih kepada para usahawan dan peniaga dengan kadar premium yang berpatutan. Namun anda juga boleh mencuba platform blog baru ini untuk 14 hari dan sekiranya anda berminat,anda boleh terus menggunakannya dengan kadar premium yang tertera pada laman rasminya. Berikut adalah video pengenalan kepada Squarespace.



No comments:

Post a Comment