Tablet Grid10 dikuasakan oleh GridOS


Tablet Grid10 telah diperkenalkan kepada umum sebelum ini oleh syarikat Fusion Garage yang berpengkalan di Singapura. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dari Fusion Garage iaitu Chandrasekar Rathakrishnan,tablet Grid10 ini menawarkan pengalaman yang berlainan kepada pengguna kerana ia sama sekali berbeza dengan tablet yang lain.
Grid10 dilihat menggunakan sistem operasi baru iaitu GridOS.

GridOS yang dibina berasaskan 'Android Kernel' ini menawarkan kelainan pada paparan antara muka tablet Grid10 dan menekankan 'gesture-based' serta bebas butang fizikal.  Walaupun ia ada kaitan dengan android namun ia bergantung kepada 'Amazon Market' bukannya 'Android Market' bagi pengguna yang ingin mendapatkan pelbagai aplikasi mengikut keperluan pengguna.

Grid10 dijanakan oleh 'Dual-core Nvidia Tegra2 processor' dan dilengkapi dengan paparan skrin 1366 x 768. Grid10 dipasang 'LED backlighting' dan fungsi kamera yang membolehkan pengguna berhubung dengan 'videocall'. Apa yang menariknya,pengguna tidak lagi dihidang dengan 'slide bar' seperti tablet lain untuk mendapat akses pada Grid10 tetapi hanya dengan tanda tangan unik anda menggunakan jari. Kita lihat video pengenalan GridOS dan Grid10 berikut:






No comments:

Post a Comment