Tiada iPhone 5 tetapi iPhone4S?

Khabar angin terbaru mengatakan yang mana Apple hanya mengeluarkan iPhone 4S tanpa kehadiran iPhone 5. Jika benar khabar angin ini,para peminat pasti merasa kecewa dengan ketiadaan iPhone 5. Sepertimana yang dikhabarkan,iPhone 4S bakal muncul tanpa pengubahsuaian yang ketara dari segi rupa bentuknya. iPhone 4S dikatakan menyerupai iPhone 4 yang ada dalam pasaran kini,namun harga yang bakal ditawarkan mungkin agak murah kerana kapasiti dalamannya hanya bersaiz 8 gig sahaja. Sejauh mana kebenarannya,sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi iPhone baru yang akan diperkenalkan pada 4 Oktober ini.

No comments:

Post a Comment