Windows Phone 7.5 Mango pada Telefon Pintar Acer Allegro

Acer melangkah ke hadapan dengan menyertai sebaris dengan Nokia,Samsung,HTC dan lain lagi termasuk dalam kumpulan yang menggunakan sistem operasi Windows Phone 7. Tidak mahu ketinggalan Acer memperkenalkan telefon pintarnya iaitu Acer Allegro dilengkapi dengan Windows Phone 7.5 Mango iaitu sistem operasi mudah alih terkini yang menawarkan pelbagai fungsi menarik. Ia dilengkapi dengan paparan skrin 3.6'' 'VGA touchscreen', resolusi 800 x 480 piksel, kamera 5MP serta kapasiti terbina dalam sebanyak 8GB.

No comments:

Post a Comment