Menggayakan iPod Nano dengan LunaTik

Pengguna kini boleh menggayakan iPod Nano yang dimiliki menjadikan ia seperti sebuah jam tangan unik lagi berprestij. Model gelang jam dari LunaTik ini memperkenalkan edisi premium kit iaitu LunaTik Lynk yang mempunyai pilihan antara 'silver' dan 'blackout'.



LunaTik Lynk dikatakan mengandungi rangka aluminium aeroangkasa bergred tinggi yang menjadikan ia sangat ringan malah mengutamakan keselesaan penggunanya. Pengguna boleh dapatkan ia di laman rasmi LunaTik bagi yang berminat. iPod Nano anda bukan lagi sekadar memainkan muzik kegemaran tetapi teman rapat yang mengingatkan tentang waktu kepada anda setiap masa. 



Berikut adalah video mengenai cara pemasangan dan penggunaan yang betul salah satu model LunaTik:



P/S: Hanya sesuai untuk iPod Nano generasi ke-6 dan ke-7 sahaja.

P/SS: iPod Nano akan dirembat akan datang berserta LunaTik Lynk Blackout...Fuhhh,sangat cool! ^_^


2 comments:

Faizal Rahman said...

Kat switch takde jual ke?

Finalcross said...

@Faizal Rahman, setakat ini masih lagi belum terdapat di pasaran Malaysia kerana ia baru sahaja dilancarkan di pasaran US dan hanya melalui pra-tempah secara atas talian.

Post a Comment