Pandangan Pertama Samsung Galaxy Note

Penulis berkesempatan untuk pergi mencuba demo peranti terbaru dari Samsung iaitu Samsung Galaxy Note di AEON Jusco Tebrau City semalam. Penulis melihat sendiri dengan mata kasar telefon pintar baru keluaran Samsung ini dengan lebih dekat dan teliti.


Sebaik sahaja penulis sampai di lokasi,penulis terlihat 2 syarikat telekomunikasi yang popular iaitu Celcom & DiGi sedang sibuk mempromosikan peranti baru tersebut kepada orang ramai. Masing-masing berusaha menarik pelanggan untuk membeli peranti tersebut berserta pakej yang ditawarkan.

Penulis hanya sempat mencuba demo daripada Celcom. Penulis diterangkan dengan ciri-ciri unik peranti tersebut antaranya aplikasi S Memo yang merupakan sebuah aplikasi terbina dalam peranti tersebut yang dioptimasikan dengan penggunaan S Pen yang berfungsi untuk menulis,melukis,menaip dan melakar idea anda ke dalam Galaxy Note. Galaxy Note menggunakan Android Gingerbread sebagai sistem operasinya.

Galaxy Note agak ringan (178g) walaupun saiz skrinnya agak besar (5.3 inci) apabila berada di dalam tangan. Paparan skrinnya yang jelas dan terang dilengkapi dengan Super AMOLED HD. Kamera dalaman belakang dilengkapi dengan 8MP manakala hadapan 2MP. Memori terbina dalaman pula disediakan sebanyak 16GB. Harga asal Galaxy Note mencecah RM2299,namun menerusi pakej istimewa yang ditawarkan oleh Celcom ia menjadi sedikit lebih murah. Berikut adalah pakej-pakej yang ditawarkan Celcom pada hari tersebut:



Berikut pula suasana pada acara tersebut:



Berikut pula video pengenalan bagi Galaxy Note dan ciri-ciri uniknya:




P/S: Penulis rasa Galaxy Note agak lebar dan tidak sesuai berada dalam poket. iPhone 4 juga tetap dihati. :)



4 comments:

Aman said...

Best sebab ada S-Pen kot. Nak tengok video best gak. Tapi bagi tangan aku still besar. Hehe.

Finalcross said...

Serius,memang besar bagak.. Tak mesra sangat bile nak pegang. :)

usahawansyurga said...

yang palaing best ialah tak payah bawa buku dan pen...

Faiz said...

@Lokman Yup,itu memang bonus bagi pemilik Galaxy Note, malangnya ia tak mesra poket pengguna untuk dibawa ke mana-mana. :)

Post a Comment