Cut The Rope Versi Komik

ZeptoLab telah mengeluarkan siri komik bagi permainan video mudah alih popular iaitu Cut The Rope. Siri komik ini dibuat khas kepada peminat bagi yang meminati watak utamanya yang kelihatan amat comel berwarna hijau dan telatahnya yang begitu menarik.

Gelaran si comel ini adalah om nom kerana sifatnya yang gemarkan gula-gula. Penulis telah pun muat turun komik ini di App Store pada iPad dan apa yang penulis dapati ialah lakaran komik yang agak menarik namun watak si hijau tidak dilukis seperti dalam gambaran yang terdapat dalam permainan videonya malah kelihatan agak kecil. Apa apa pun bagi yang berminat boleh muat turun dengan segera pada iPod, iPhone dan iPad secara PERCUMA.




2 comments:

Admin said...

Aku rasa agak leceh nak baca komik Cut The Rope ni kat iPhone. Ilustrasi kecil sangat.

Faiz said...

Hmm,aku rase pun cmtu. Aku prefer bace kt iPad. Superb! haha

Post a Comment