Twitter Serba Baru

Pengguna twitter yang menggunakan versi 'web' pasti teruja dengan perubahan yang berlaku. Perubahan reka bentuk tampak lebih kemas dan tersusun. Kali ini penyesuaian 'timeline' di letak pada sebelah kanan bagi memudahkan untuk lihat status terkini.

Penulis rasa ini perubahan yang agak drastik bagi twitter kerana reka bentuk baru ini ditambah dengan fungsi-fungsi baru iaitu kewujudan 'connect' dan 'discover'. Untuk kenali lebih dalam boleh pergi ke sini. Berikut adalah video pengenalan kepada twitter baru versi 'web':



Apa yang lebih menarik minat penulis ialah perubahan baru twitter juga boleh dirasai oleh pengguna iPhone. Memang kemas dan ringkas untuk versi iPhone. :)  Penulis memang pengguna setia twitter melalui iPhone. Jika sebelum ini penulis lebih suka memilih 'twitter client' seperti Tweetbot kerana rekabentuk dan fungsi yang menarik namun penulis beranggapan twitter versi iPhone bari ini lebih memikat. Anda cubalah sekarang. Berikut adalah contoh 'screenshot' dari iPhone penulis sendiri:


P/S: Pengguna Android juga mendapat kemaskini terbaru iaitu 'twitter for Android'. Cubalah sekarang. :)

P/SS: Penulis rasa berbelah bagi sebab tak tahu mana satu nak guna antara 'Tweetbot' dan 'Twitter for iPhone'.... hmmmm... kedua-duanya sama menarik! haishhh...

2 comments:

acapz said...

any tips mne nk dptkn new twitter. terbace internt kne download twitter for android dlu. login dri apps. pastu bru login dari pc. bru leh dpt new twitter. xpi try buat xdpt pn. mybe berperingkt2 kot dpt? huhu

Finalcross said...

Hmmm,sepatutnya bole dpt mcm ape yg dikabarkan kat sini, http://hughbriss.com/how-to-get-the-new-new-twitter/ . Yg penting update kpd version yg baru pd fon Android @ iPhone. reinstall blk jika tk menjadi. log in semula...mungkin menjadi kali ni. :)

Post a Comment