Kini Cut The Rope Boleh Dimainkan Secara Atas Talian

Kini anda boleh memainkan siri permainan Cut The Rope yang popular di platform mudah alih ini secara atas talian pada mana-mana pelayar laman seperti Google Chrome, Mozilla Firefox dan lain-lain. Permainan yang serba ringkas ini semakin mendapat tempat di hati peminat sehingga para pembangun mencipta untuk versi atas talian berasaskan teknologi HTML5.


Penulis sendiri telah mencuba permainan ini pada pelayar Mozilla Firefox 9 seperti gambar di atas,apa yang penulis dapati ialah keunikan permainan ini dimainkan pada pelayar sangat mengagumkan. Teknologi HTML5 itu sendiri mengangkat permainan ini ke arah satu aras berbeza.

Apa yang lebih menarik adalah apabila penulis sendiri mencuba pada pelayar Internet Explorer 9, hasil dan prestasi sistem permainan tersebut adalah sangat licin dan lancar. Pergerakan Om Nom dan hayunan tali yang begitu nampak hidup adalah seperti gambar di bawah ini. Berbaloi dimainkan pada pelayar Internet Explorer 9 walaupun ia bukanlah pelayar yang penulis minati. Untuk mencuba boleh pergi ke laman rasminya iaitu Cut The Rope Online.


Berikut adalah video di sebalik tabir pembikinan Cut The Rope versi atas talian:



P/S: Om Nom seronok dimainkan dengan bantuan teknologi HTML5. :)

No comments:

Post a Comment