Photogram Khas Untuk Pengguna Instagram

Sebuah aplikasi 'desktop' yang diberi nama Photogram telah dihasilkan khas untuk pengguna tegar aplikasi popular dari iPhone iaitu Instagram. Aplikasi ini direka oleh Jeff Broderick dan ia masih lagi di dalam peringkat Beta. Photogram telah dioptimasikan untuk pelayar 'web' seperti Chrome,Firefox,Safari dan lain-lain.


Anda hanya perlu mendaftar menggunakan akaun rasmi Instagram untuk mendapat akses rasmi ke dalamnya. Apabila selesai mendaftar,anda dapat lihat rekaan antaramuka yang agak ringkas tetapi menarik dengan setiap paparan gambar yang agak besar dan jelas melalui akaun rasmi Instagram anda. Berikut adalah beberapa tangkapan gambar di dalam Photogram. Selamat mencuba!





P/S: Penulis masih lagi buntu mencari jalan untuk 'log out' dari aplikasi ini. Hmmm


No comments:

Post a Comment