Tweetbot untuk iPad Telah Muncul

Berita gembira buat pengguna iPad, Tapbots baru sahaja melancarkan klien twitter versi iPad. Aplikasi baru ini direka khas buat pengguna yang kerap menggunakan servis twitter di tablet iPad. Penulis sendiri amat meminati aplikasi Tweetbot ini bermula versi iPhone lagi kerana mempunyai keunikannya tersendiri. Contoh gambar di dalam.

Di atas merupakan contoh yang menggambarkan rekaan paparan antara muka yang sangat menarik dan tersusun. Seperti yang anda tahu,aplikasi rasmi twitter untuk iPad adalah sangat tidak mesra pengguna dan susunan fungsi yang menjengkelkan termasuk penulis sendiri.

Untuk menghantar atau kemaskini tweet baru anda,ia memaparkan suatu menu yang mudah dan luas. Ini menjadikan anda mudah untuk berinteraksi sesama rakan atau pengikut. Pelbagai fungsi asas dan tambahan yang memudahkan penghantaran tweet baru.

Anda berupaya melihat gambar atau video yang berada di dalam tweet anda dengan mudah. Untuk muat naik gambar,aplikasi ini menyokong servis dari Twitter Photos, CloudApp, img.ly, Lockerz, Mobypicture, Pikchur, Posterous, Twitgoo, TwitPic dan yfrog.

Melihat profail dengan mudah beserta dengan data mengenai pengikut, jumlah tweet dan lain-lain. Tampak ringkas dan anggun. Disinilah ruangan memerhati data-data penting mengenai akaun twitter anda.

Fungsi mesej ditonjolkan dengan kesesuaian seperti susunan berbalas mesej di telefon pintar. Amat menarik dan menyerlah seperti berada dalam sesuatu perbualan. Bunyi interaksi yang menghiburkan. Reka bentuk moden yang ditampilkan sangat sesuai dengan kehendak penulis. Sebuah aplikasi terbaik untuk iPad bagi yang gilakan servis twitter seperti penulis. Dapatkan jika berminat. :)




(Jailbroken only) Tweetbot untuk iPad

P/S: Tweetbot untuk iPhone juga mendapat kemaskini terbaru kepada versi 2.0 (Jailbroken only) :)



No comments:

Post a Comment