Tonton 'Trailers' Berkualiti Tinggi (HD)

Penulis mempunyai hobi menonton filem-filem terbaru di pawagam berdekatan jika berkesempatan bersama isteri tersayang. Sebelum pergi menonton wayang,penulis akan pastikan sesuatu filem itu berbaloi atau tidak untuk ditonton di pawagam dengan melihat 'trailers' filem tersebut sebagai sesi pengenalan. 'Trailers' inilah yang menentukan buat penulis sama ada ia sebuah filem yang berbaloi untuk ditonton di pawagam atau sebaliknya.

Penulis memang cerewet dalam soal pemilihan genre filem yang ditonton di pawagam kerana pendapat penulis adalah biarlah tiket wayang yang dibeli itu memberikan kepuasan maksimum kepada penulis. Baru-baru ini penulis telah menonton filem The Avengers di pawagam berdekatan dengan rasa yang sangat puas dengan nilai tiket yang dibayar. Apa yang lebih mengujakan, penulis telah menonton 2 kali termasuk filem 3D kerana genre aksi dan sains fiksyen sebegitu amat diminati oleh penulis.


Penulis ingin berkongsi kepada rakan-rakan sekalian mengenai satu laman popular dari gergasi Apple yang menyediakan sebuah laman khas bagi peminat filem-filem baru melihat 'trailers' eksklusif. Walaupun ia mengutamakan kepada pengguna dari Amerika Syarikat namun kita masih lagi boleh mendapat akses kepada sesebuah 'trailers' filem baru yang akan ditayangkan di pawagam.



Anda hanya perlukan pelayar web terkini dan mesti mempunyai 'Adobe Flash Player' serta 'QuickTime Player' untuk memainkan 'trailers' filem yang anda pilih. Laman ini menawarkan paparan HD,sesuai bagi yang mementingkan kualiti tontonan video 'trailers' seperti penulis. Setelah anda menonton  'trailers' yang dipilih,anda pasti dapat menilai sesebuah filem yang patut anda tonton di pawagam atau pun sebaliknya.

Seperti yang anda dapat lihat gambar di atas, The Expandables 2 antara filem yang penulis nantikan yang dibarisi hero-hero terhebat seperti Sylvester Stallone, Jason Statham, Jet Li, Dolph Lundgren, Chuck Norris, Terry Crews, Randy Couture, Liam Hemsworth, Jean Claude Van Damme, Bruce Willis dan Arnold Schwarzenegger. 'Trailers' pula mantap dengan aksi! Untuk ke laman tersebut,pergi ke 'iTunes Movie Trailers'. :)




P/S: Filem-filem yang penulis nantikan termasuk Prometheus, The Dark Knight Rises, The Bourne Legacy dan Skyfall.
    


No comments:

Post a Comment