Tutorial Ringkas Melakukan Pembelian di 'iTunes Store'

Baru-baru ini, pihak Apple telah pun mengumumkan di mana 'iTunes Store' kini boleh diakses secara rasmi yang diperluaskan di beberapa buah negara termasuk Malaysia. Ini merupakan perkara yang ditunggu-tunggu bagi peminat dari Malaysia yang ingin mendapatkan lagu, 'movie' dan lain-lain secara berbayar. Dengan itu,penulis ingin membantu sesiapa yang ingin mendapatkan dan membeli kandungan berbayar dari Apple ini dengan mudah melalui penulisan tutorial ringkas mengenai langkah-langkah melakukan pembelian di 'iTunes Store'. Ikuti 11 langkah mudah di dalam.

Perhatian: Klik pada gambar untuk lihat lebih jelas dan saiz gambar yang besar.

1) Buka aplikasi iTunes pada komputer anda. Jika tiada boleh muat turun di sini.

2) Pastikan anda mempunyai sambungan internet.

3) Apabila aplikasi iTunes telah dibuka, ia akan membawa anda ke laman utama 'iTunes Store'. Kemudian anda perlu cari pautan 'Sign In' pada sebelah hujung atas kanan anda seperti gambar di bawah.


4) Anda akan dapat lihat 'pop up' keluar pada skrin komputer anda. 'Pop up' tadi mempunyai kaitan daftar masuk Apple ID untuk pengenalan identiti seseorang individu. Di sini, penulis akan tunjukkan langkah bagi yang belum mempunyai Apple ID.

5) Bagi yang sudah mempunyai Apple ID rasanya tiada masalah untuk daftar masuk ke dalam akaun. Hanya perlu isi 'Apple ID' dan 'Password' yang telah didaftarkan dan tekan 'Sign In' seperti contoh gambar di bawah.


6) Pengguna yang baru, perlu mendaftarkan Apple ID pilihan sendiri untuk membuka akaun bagi membolehkan anda muat turun lagu, muzik video dan aplikasi di 'iTunes Store' dengan mudah. Tekan 'Create Apple ID' dan abaikan ruangan kosong untuk 'Apple ID' dan 'Password' seperti terdapat dalam gambar di bawah.


7) Selepas itu,anda akan dibawa ke laman seterusnya seperti di bawah. Anda hanya perlu tekan 'Continue'.


8) Untuk terma dn syarat serta polisi dari Apple, anda terus tanda pada kotak kecil yang menyatakan anda bersetuju dengan segala syarat serta tekan 'Agree'.


9) Di sini anda perlu mengisi pilihan 'Apple ID' yang anda pilih mengikut kehendak masing-masing dengan memasukkan emel yang sah serta 'Password' yang ketat untuk tujuan sekuriti berserta soalan dan jawapan dari anda sendiri. Kemudian isikan tarikh lahir anda dan tandakan pada kotak-kotak kecil seperti gambar di bawah serta teruskan dengan tekan 'Continue'.


10) Anda akan dibawakan terus ke bahagian proses pembayaran dalam 'iTunes Store'. Di sini penulis menyarankan supaya anda menggunakan kad debit berbanding kad kredit kerana kad debit sangat mudah untuk dipohon berbanding kad kredit bagi sesetengah individu disebabkan kelayakan jumlah pendapatan. Sesiapa sahaja boleh memohon kad debit dan penggunaannya pun sangat mudah. Berbalik pada tadi, tandakan ruangan cara bayaran sama ada Visa atau Mastercard. Kemudian isikan nombor yang terdapat pada kad debit anda berserta dengan tarikh tamat tempoh dan kod sekuriti. Di bawahnya pula,anda isi lengkap alamat rumah kediaman anda dan nombor telefon serta terus menekan butang 'Create Apple ID'. Tadaaa! Anda telah pun berjaya memiliki 'Apple ID' yang sah bagi meneruskan pembelian lagu, muzik video serta aplikasi dari 'iTunes Store.

11) Dengan adanya 'Apple ID' tadi,anda boleh melakukan sebarang pembelian lagu menerusi 'iTunes Store' kerana anda sudah pun mengisi cara pembayaran melalui kad debit. Apabila hendak membeli sesuatu lagu, pastikan akaun kad debit anda mempunyai baki duit yang mencukupi bagi membolehkan proses beli dan muat turun lagu berjaya.


Penulis begitu senang dengan penggunaan kad debit dari Easy RHB kerana sesiapa pun boleh memohon berbanding kad kredit. Pilihan terbaik yang penulis sarankan pada anda tentulah kad debit dari Easy RHB dan Maybankard. Kini penulis rasa sangat mudah untuk membeli sesuatu lagu di 'iTunes Store' dengan penggunaan kad debit. Diharap tutorial ringkas ini menjadi panduan yang memudahkan kesulitan yang anda hadapi sebelum ini. Selamat mencuba!  =)



P/S: Penulis sudah pun membeli lagu dari album terbaru Linkin Park & Flo Rida baru-baru ini. Memang puas hati. =)






4 comments:

Naim Nordin said...

Salam Ramadhan.huih...info lengkap ni.Nak beli lagu artis Malaysia yg original pun senang.nak download style pirate pun dah susah skrg..nice ;)

Faiz said...

@Naim Nordin Salam Ramadhan... thanks bro! Yup. Sekarang 'pirated' punya material semakin sukar didapati. Maka ini pilihan terbaik untuk mendapatkan sesuatu lagu dengan sah. Lagipun 1 lagu hanya dalam sekitar RM3-4 sahaja.

P/S: Mau angkat iPhone 5 ka? iPad baru? hehe

arrizz said...

waa nice entri bro..memang tercari2 tutorial nie..terbaiklah..bro nak tanyalah, berapa harga untuk satu album?

Faiz said...

@arizzz terima kasih kerana sudi membaca entri ini. Harga album bergantung kepada seseorang artis atau pun jika ada promosi maka murahlah album tersebut. Contohnya sebelum ini penulis ada membeli album Flo Rida dengan harga promosi hanya $4.99 (15+),sekarang harganya berlainan iaitu %7.99 (RM24+)

Post a Comment