Apple Melancarkan iPhone 4S Secara Rasmi



Khabar angin selama ini yang mengatakan iPhone 5 akan dilancarkan adalah spekulasi semata-mata kerana Apple secara rasminya telah melancarkan gajet terbarunya iPhone 4S pada pukul 1 pagi tadi waktu Malaysia. Pengumuman daripada Apple itu sedikit sebanyak menghampakan ramai peminat yang inginkan iPhone 5 dilancarkan secepat mungkin.
Penulis sendiri agak kecewa dengan ketiadaan iPhone 5 kerana itu yang diharapkan melalui khabar angin sebelum ini. Jika kita lihat pada rupa bentuknya,ia tidak jauh beza seperti model iPhone 4. Apa yang menarik adalah peningkatan dari segi prestasi & kemunculan aplikasi baru dari Apple sendiri.

Pengenalan kepada 'Siri' adalah suatu teknologi arahan suara yang berfungsi membantu pengguna dalam menjawab apa sahaja persoalan & pertanyaan yang lebih dikenali sebagai 'The Intelligent Assistant'. Bakal menggunakan versi iOS yang terbaru iaitu iOS 5 yang menawarkan pelbagai perkara baru. Apple juga menggalakkan pengguna mencuba servis terbarunya iaitu penstoran awan iaitu iCloud bagi memudahkan pengguna menyimpan data secara 'online' & gunakan bila-bila masa yang diperlukan. Kita lihat ciri-ciri lain yang terdapat pada iPhone 4S seperti berikut:

  1. Prestasi lebih mantap dengan cip dwi-teras A5
  2. Resolusi kamera dipertingkatkan kepada 8 MP
  3. Rakaman video dengan resolusi tinggi (HD), 1080p
  4. Mengekalkan paparan Retina pada skrin
  5. Kapasiti yang ditawarkan adalah 16GB,32GB & 64GB
  6. Pilihan warna hanya hitam & putih

Begitulah sedikit butiran ringkas spesifikasi iPhone 4S yang baru sahaja dilancarkan. Ia boleh ditempah bermula 7 Oktober & penjualan rasminya pada 14 Oktober di 'Apple Store'. Bagi pasaran di Malaysia,ia masih lagi tidak diketahui bila akan mula dijual.

No comments:

Post a Comment