Pemergian Bapa Revolusi Teknologi, Steve Jobs

Dunia dikejutkan dengan pemergian bapa revolusi teknologi hari ini iaitu Steve Jobs yang menghidap penyakit barah pankreas. Genap umurnya 56 tahun beliau yang sebelum ini telah banyak menyumbang jasa kepada dunia teknologi masa kini pergi untuk selamanya.

Sebelum ini penulis tidak kenal siapa tokoh terbilang ini,sehinggalah mulanya penulis lihat kemunculan iPhone generasi pertama pada iklan di dalam majalah. Penulis menanam impian dari dahulu untuk memiliki iPhone suatu hari nanti. Sekarang bila sudah pun bekerjaya,penulis berkesempatan untuk memiliki iPhone 4. Barulah penulis merasai kehebatan ciptaan & rekaan agung datang dari inspirasi beliau. Sesungguhnya beliau banyak mengubah dunia & diri penulis untuk berjaya dalam hidup ini melalui semangat & kata-kata beliau yang berguna. Semoga dunia teknologi akan terus berkembang dengan pesat walaupun tanpa beliau.

No comments:

Post a Comment