Apple mengadakan 'World Tour 2011' sempena iOS 5

Bagi mempromosikan lebih hebat tentang sistem mudah alih terbarunya iaitu iOS 5, Apple telah pun menganjurkan 'World Tour' sempena iOS 5 kepada para pembangun yang berminat.
Menariknya, Apple telah pun memilih bandar-bandar besar iaitu New York, Berlin, London, Rome, Beijing, Seoul dan lain-lain lagi sebanyak 9 bandar jumlahnya sebagai lokasi pertemuan antara para pembangun dan pakar iOS 5. Walaupun tarikh yang dianjurkan oleh pihak Apple masih lagi boleh dikatakan agak lambat lagi,namun tempat terhad yang disediakan telah pun penuh ditempah oleh para pembangun.

2 comments:

Anonymous said...

Malaysia xde ke?

Finalcross said...

Malangnya, Malaysia tidak termasuk dlm senarai penganjur.

Post a Comment