iPhone 4 serendah RM1799?

Didapati Apple telah pun mengemaskini data di dalam 'Apple Store' yang menunjukkan kewujudan iPhone 4 yang boleh dibeli pengguna pada harga serendah RM1799.


Menurut dalam laman rasminya, kini pengguna boleh membeli iPhone 4 secara atas talian tanpa ikatan sebarang kontrak oleh operator serta kos penghantaran percuma diberikan. Itulah yang menggembirakan pengguna,namun apa yang kurang menariknya adalah kapasiti dalaman yang diberi hanyalah 8GB sahaja.

iPhone 4 yang dilengkapi dengan sistem operasi terbarunya iaitu iOS 5 dan kapasiti terhad 8GB ini cukup untuk pengguna biasa yang masih belum mendapatkannya dan mengidamkan telefon pintar tersebut selama ini. Anda boleh terus ke sini untuk melakukan pembelian. :)




Tips dari: Eins.my

2 comments:

EddyGeek said...

aku masih menanti harga turun lagi. tapi rasanya xkesampaian.

Finalcross said...

Hmm,memang masih lagi mahal bagi sesetengah orang... Namun bonus bagi sesiapa yg tidak mahu terikat dengan mane2 telco... :)

Post a Comment