Dunia Eicak,Animasi Baru oleh Addeen Multimedia


Addeen Multimedia Sdn Bhd yang ditubuhkan pada Ogos 2009 merupakan sebuah studio animasi yang berpengkalan di Cyberjaya. Dunia Eicak telah menjadi taruhan terbaru sebagai animasi keluaran studio mereka yang masih lagi dalam pembikinan sehingga kini.


Animasi yang kelihatan nampak hidup dan menarik ini mungkin boleh menandingi animasi popular lain seperti Boboiboy dan Upin dan Ipin. Nampaknya kemeriahan dunia animasi tempatan semakin bertambah dengan kehadiran studio-studio baru yang turut sama terjun ke dalam bidang ini.

Menurut di facebook rasminya, siri animasi ini bakal ditayangkan pada tahun hadapan iaitu 2012,namun masih lagi tidak diketahui tarikh sebenar ia akan ditayangkan. Segala perkembangan terkini mengenai Dunia Eicak anda boleh ikuti pada laman facebook rasminya. Berikut adalah beberapa gambar dari animasi Dunia Eicak yang masih lagi dalam pembikinan:












Berikut pula adalah video pengenalan kepada animasi Dunia Eicak:



P/S: Ella ada menyumbangkan suara untuk lagu animasi ini jika kita dapat dengar di akhir video. :)


6 comments:

acapz said...

nice2. hrp berkmbng la dunia animasi kita ni ye. cie boboiboy pn dh lyn. kah3. xsaba nk tnggu cite ni plak :D

Faiz said...

@acapz, harap2 gempak la nanti. Amin... hoho

Usy@M^^ said...

Tak sabar nak layan..Hehehe..

How To Use "LAH"

Faiz said...

@SyAmSuL AnUaR, kita sama-sama tunggu & lihat nanti....

Haz said...

nampak cantik dan ceria..
well done Malaysian..

Faiz said...

@Haz, proud to be Malaysian! ^_^

Post a Comment