Penstoran Awan oleh Pogoplug


Pogoplug merupakan servis baru yang menyerupai seperti iCloud oleh Apple iaitu storan data dan media secara awan. Kemudahan servis ini membolehkan pengguna mendapat akses data dan media yang telah disimpan secara awan sebelum ini di mana-mana asalkan mempunyai sambungan internet. Servis dari Pogoplug ini lebih menekankan ciri storan data dan media bagi pengguna mudah alih.


Pengguna akan diberikan ruang storan sebanyak 5GB secara percuma untuk kegunaan peribadi setelah mendaftar akaun baru. Servis ini menyokong dunia mudah alih anda. Anda boleh menggunakan servis ini dari dalam iPhone, iPad dan peranti Android jika anda memilikinya. Anda boleh pergi terus ke laman utamanya jika berminat untuk menggunakan servis tersebut.





No comments:

Post a Comment