Seagate GoFlex Satellite Memudahkan Akses Media Tanpa Wayar


Seagate telah pun mengeluarkan sebuah produk berkualiti yang menguntungkan pengguna tablet seperti pengguna iPad. Produk yang dimaksudkan adalah Seagate GoFlex Satellite yang merupakan sebuah peranti penstoran media mudah alih tanpa wayar yang bersaiz agak mini.

Apa yang menarik mengenai produk ini ialah ia begitu mesra dengan sebarang tablet terkini iPad dan tablet Android yang lain. Hanya melalui sambungan tanpa wayar (Wi-Fi) antara produk tersebut dengan mana-mana tablet atau telefon pintar,kini pengguna bebas untuk melihat media yang telah disimpan walaupun di mana-mana.

Kita lihat ciri-ciri lain yang terdapat pada Seagate GoFlex Satellite ini seperti berikut:

  1. Kapasiti storan sebanyak 500GB
  2. Menyokong sambungan melalui 'Wi-Fi', USB 2.0 dan 3.0
  3. Bateri boleh bertahan selama 5 jam
  4. Juga disokong untuk telefon pintar seperti iPhone
  5. Terdapat aplikasi khas untuk pengguna iPad,iPhone dan iPod Touch iaitu GoFlex Media yang boleh dimuat turun secara percuma di 'App Store'. Begitu juga pengguna Android boleh didapati di 'Android Market'
  6. Kebolehan digunakan secara serentak oleh 3 peranti melalui sambungan 'Wi-Fi'
  7. Beratnya hanya 267g

Pengguna kini mudah untuk menonton video pada tablet masing-masing tanpa perlu memikirkan sambungan wayar yang mungkin merimaskan. Anda boleh dapatkan di kedai yang menjual produk ini berhampiran dengan anda jika inginkan kebebasan dalam akses memainkan media pilihan anda.



Berikut adalah video pengenalan produk Seagate GoFlex Satellite :






No comments:

Post a Comment