The New iPad

iPad baru telah pun dilancarkan secara rasminya di California, Amerika Syarikat pada 8 Mac 2012 waktu Malaysia yang lalu. Agak lewat entri ini dibuat. Apa yang mengejutkan dengan pelancaran iPad baru ini ialah ketiadaan nama yang lebih spesifik seperti nama yang diberi kepada iPad 2 , walaupun ada ura-ura mengatakan ia dinamakan iPad 3 dan iPad HD,namun ia hanya diberi nama 'The New iPad' bersamaan dengan iPad generasi ke-3.

Ramai penganalisis gajet mengandaikan iPad kali ini tidak disertakan dengan butang fizikal seperti biasa dengan fungsi 'Home', namun ternyata jangkaan mereka meleset sama sekali dan pihak Apple masih mengekalkan reka bentuk fizikal yang sama seperti iPad 2. Apa yang membezakan ia dengan iPad 2 ialah penaiktarafan resolusi skrin dengan paparan 'Retina' beresolusi tinggi yang melebihi perincian piksel sebuah HDTV. Itu sangat mengagumkan. Selain itu banyak lagi perbezaan & persamaan iPad baru dengan iPad 2. Lihat perbandingan ringkas yang dibuat oleh penulis seperti di bawah:




iPad baru ini dimuatkan dengan teknologi 4G LTE (Long Term Evolution) iaitu secara ringkasnya ia adalah teknologi komunikasi data berkelajuan tinggi tanpa wayar untuk telefon pintar dan terminal data. Ia merupakan teknologi canggih masa kini yang dibawa Apple ke dalam iPad baru dalam memudahkan pengguna berhubung melalui internet dengan kelajuan data yang lebih laju dan stabil.

Apple yang mensasarkan jualan secara rasmi fasa pertama di kedai rasmi mereka pada 16 Mac ini di 8 buah negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada, UK, Perancis, Jerman, Switzerland, Jepun dan Singapura. Untuk fasa kedua akan berada di pasaran pada 23 Mac yang melibatkan 25 buah negara iaitu Austria, Belgium, Bulgaria, Czech Republic, Denmark, Finland, Greece, Hungary, Iceland, Ireland, Italy, Liechtenstein, Luxembourg, Macau, Mexico, The Netherlands, New Zealand, Norway, Poland, Portugal, Romania, Slovakia, Slovenia, Spain dan Sweden. Malangnya negara Malaysia masih lagi tidak termasuk dalam senarai pelancaran fasa kedua ini. Agak mengecewakan. Kita tunggu sahaja bila ia akan berada di pasaran Malaysia dengan rasminya nanti.

Apa yang lebih mengejutkan lagi kini didapati sebuah laman di Vietnam telah pun menunjukkan contoh gambar yang diambil melalui ipad baru tersebut. Gambar di bawah adalah asli dari iPad baru dan bersaiz agak besar (4MB) dan ini menunjukkan ia beresolusi tinggi.



Di samping pelancaran rasmi iPad baru, pihak Apple juga telah melancarkan sebuah aplikasi yang diberi nama 'iPhoto' untuk iPad. Ia merupakan aplikasi berbayar dengan harga USD$4.99. Fungsi utama aplikasi tersebut adalah kebolehannya menguruskan pelbagai gambar dengan lebih cekap, kebolehan mengubah-suai gambar dengan tambahan kesan visual yang menarik, berkongsi gambar dengan mudah kepada rakan-rakan serta paparan gambar yang lebih tersusun.

  


Berikut pula adalah video pengenalan kepada iPad baru yang telah dilancarkan tempoh hari:


P/S: iPad 2 kini semurah RM1199. Wow! memang berbaloi bila harganya diturunkan sebanyak RM300 berbanding asal. (model 16GB WiFi sahaja) :)




4 comments:

zool said...

ni yang terliur nak beli .. tapi tak mampu.

Finalcross said...

InsyaAllah....akan dtg saudara @Zool pasti boleh miliki jika menabung sedikit demi sedikit untuk sesuatu yang dihajati. :)

khairul said...

Bila la dapat beli..

Finalcross said...

@khairul, Dulu pun penulis berangan je, bila la nk dpt macam ni... Sampai satu masa,penulis berazam bila dah kerja nanti,Kena beli satu untuk kepuasan diri. Sekarang bila dah bekerjaya, Alhamdulillah...dapat beli juga. Yang pasti Kena usaha sungguh2 untuk dapatkan sesuatu. :)

Post a Comment